IBADAH KORBAN ORANG SINGAPURA DI SEMARANG

IBADAH KORBAN ORANG SINGAPURA DI SEMARANG

Sayu lihat kesusahan hidup orang kampung dorong peniaga S’pura urus korban

PERASAAN sayu dan sedih menyelubungi hati Encik Hamzah Kochen Mohamed apabila beliau mendengar setiap penduduk desa-desa di Semarang hanya membawa pulang lauk berisi seketul daging kambing korban yang telah dimasak.

Pemilik Shakira’s Butchery & Wedding Services itu tambah sedih kerana beribu-ribu orang datang untuk mengambil daging korban sedangkan kambing yang disembelih sempena Hari Raya Aidiladha boleh dibilang dengan jari – antara 10 dengan 20 kambing setiap tahun.